24 May 2012

LAILA MAJNUN : KISAH CINTA JAZIRAH ARAB

Kongsi & Komen
Oleh : Wafa Awla

4d75252a16ac9_laila_dan_majnun_dpn
Google
Jika matahari tidak terbit,
Cukuplah wajah Laila menggantikan sinarnya,
Jika rembulan tidak timbul,
Kelembutan Laila sudah cukup  menyejukkan bumi.
(Syair Majnun buat Laila)
 
KISAH cinta Qays-Laila atau lebih dikenali sebagai Laila Majnun merupakan kisah Arab Klasik Terbaik.  Menurut kajian ahli sastera Arab, kisah ini bukanlah cerita dongengan semata-mata. Watak utama cerita ini iaitu Qays bin Al Mulawwah memang benar-benar wujud pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah. Beliau dikatakan meninggal dunia pada tahun 65 atau 68 hijrah. Kisah Laila Majnun sememangnya mempunyai pelbagai versi kerana pada awalnya kisah ini hanya diceritakan melalui lisan dalam bentuk syair.  Pada tahun 1188 Syeikh Nizami telah mengumpul dan menulis kisah tersebut. Meski masih ramai yang mengumpulkan syair Laila-Majnun, tetapi hanya Nizami sahaja yang memiliki sebuah cerita yang lengkap dan indah.
Terdapat percanggahan beberapa ahli sejarah dan pemerhati sastera dalam  menentukan permulaan tumbuhnya cinta antara Laila dan Majnun. Sebahagian menyatakan bahawa Laila dan Majnun saling mengenali sejak kecil dan mengembala ternakan di Bukit Tsauban. Tidak kurang juga ada yang menyatakan Qays berjalan melintasi sekumpulan gadis dan hanya tertarik pada Laila. Walaupun terdapat perbezaan tentang permulaan kisah cinta Laila Majnun, namun para pengkritik dan ahli sejarah bersetuju dengan kewujudan kisah ini  melainkan Taha Husain yang meragukan peribadi Laila Majnun.
Google
Kisah Laila dan Majnun dikupas oleh Nurfaridah Rubani dengan sangat teliti dalam novel ini. Buku ini juga sangat menjaga struktur teks agar tidak menjejaskan keaslian ceritanya.  Bait syair yang terkandung dalam buku ini juga merupakan terjemahan asli daripada naskah asal  daripada Arab. Kisah cinta agung ini dimulakan dengan Syed Omri iaitu  kabilah Bani Amir di lembah Hijjaz. Beliau sangat disegani kepimpinannya. Kekayaannya melimpah ruah dan sangat besar pengaruhnya hingga ke negeri lain. Menyedari dirinya yang semakin uzur, Syed Omri sentiasa berdoa kepada Tuhan agar lekas dikurniakan cahaya mata. Beliau melakukan perbagai ikhtihar seperti doa, bermunajat, nazar dan menyedekahkan hartanya kepada fakir miskin. Allah telah perkenankan hajat Syed Omri dengan mengurniakan seorang cahaya mata. Namun tidak pula Syed Omri lupa diri malah semakin banyak pula doa dan sedekah yang diberikan. Bayi itu diberi nama Qays dan dilimpahkan kesenangan sepanjang masa.
Qays telah berguru dengan guru terbaik di seluruh kepulauan Arab. Di sekolah, Qays merupakan seorang yang cerdas dan senang bergaul dengan semua orang. Beliau gemar membantu rakan yang kesusahan. Tambahan pula, Qays memiliki wajah yang tampan. Di sekolah itulah pertama kalinya Qays terlihat seorang gadis yang sangat istimewa pada pandangan matanya iaitu Laila.  Qays juga tidak sekadar bertepuk sebelah tangan. Gadis itu sememangnya sudah lama tertarik dengan Qays  sejak kali pertama berjumpanya. Qays sering membacakan bait-bait syairnya buat Laila. Kisah percintaan mereka akhirnya sampai pada keluarga Laila. Perkara itu dikatakan amat memalukan dalam kelompok Bani Qtahibiah .  Bapa  Laila sangat marah  dan merasa sangat malu akan hal itu. Lalu, Laila dikurung di dalam rumah dan dikawal dengan sangat rapi.
Mulai detik itu, hidup Qays menjadi tidak terurus. Dadanya bagai dipenuhi dengan duka yang terus berdarah. Qays meninggalkan rumah, berjalan tidak tentu arah dan meredah hutan belantara bersama kesedihannya. Dia mengembara sambil bibirnya hanya menyebut satu nama iaitu Laila.  Dia kehilangan semangat sejak dipisahkan dengan Laila. Dia kerap berjalan dengan tidak berbaju dan melintasi setiap perkampungan sambil melontarkan bait-bait syair untuk Laila. Masyarakat memanggilnya dengan gelaran Majnun bermaksud gila. Qays benar-benar gila tanpa Laila. Nama itu terus melekat sehingga ada yang sudah lupa dengan nama sebenarnya.
Syed Omri sangat sedih melihat keadaan anaknya. Puteranya yang dahulunya cerdas dan boleh menyejukkan hatinya kini sudah berubah serta merta. Mendengar nasihat isterinya, Syed Omri  pergi meminang Laila untuk puteranya. Namun lamarannya ditolak dengan alasan, bapa Laila tidak sudi menyerahkan Laila kepada orang yang gila. Syed Omri berasa sangat terhina dan memujuk Qays agar segera melupakan Laila. Syed Omri meyediakan perlbagai makanan dan menyuruh Qays memilih mana-mana gadis cantik daripada kabilahnya untuk disunting. Namun, dia tetap memilih Laila. Qays kembali mengembara. Tinggal di dalam gua dan meredah hutan belantara sambil membacakan syair-syair buat Laila. Alam seolah-olah kasihan melihatnya. Binatang buas pun tidak sampai hati untuk meyakitinya.  Pengembara yang terjumpa Qays semasa bermusafir juga sangat kagum dengan jejaka itu. Bahkan ada yang mengatakan syair-syair Majnun adalah syair yang paling indah di jazirah Arab.
Suatu hari, seorang pemuda bernama Ibnu Salam daripada kabilah Asad telah terpandang wajah Laila semasa di taman. Lalu Ibnu Salam meminta kedua orang tuanya untuk meminang Laila dengan segera. Tidak dapat dinafikan bahawa Ibnu Salam adalah jejaka terbaik dalam kalangan Kabilah Asad. Ayah Laila dengan senang hati menerima lamaran keluarga Ibnu Salam itu. Ketika Majnun mendengar khabar pernikahan Laila dengan Ibnu Salam, Majnun sukar untuk mempercayainya. Hatinya berkecai. Apakah Laila telah melupakan Majnun? Majnun terus berteriak memanggil nama Laila dan meratap nasib cintanya. Pada masa yang sama, Laila telah berterus terang dengan Ibnu Salam tentang perasaannya yang sebenar. Mujurlah Ibnu Salam memahami dan tidak akan menyentuh Laila sehingga Laila sendiri yang akan menyerahkan cinta buatnya. Sesungguhnya perasaan Laila hanya pada Majnun. Seorang pemuda bernama Ishaq telah mencari Majnun untuk menyampaikan surat Laila buat Majnun. Laila tidak pernah melupakan Majnun.
Berita kematian Ibnu Salam sememangnya merupakan suatu perkara yang mengembirakan Laila.  Laila terpaksa berkabung dan berkurung selama dua tahun kerana mengikut budaya masyarakat kabilahnya. Di rumah Laila duduk sendirian memikirkan kehidupan. Laila berharap pertemuannya dengan Qays nanti akan mengubati kesedihannya.  Namun, Qays dikatakan telah membawa segala harapan dan angan-angan. Pudar sudah semua harapan. Tubuh Laila menjadi kurus kerana tidak mampu menanggung kesedihan. Laila tidak mahu dendam Bani Qhatibiah akan mencelakakan Qays. Tidak ada seorang pun yang mampu melawan kuasa takdir. Laila akhirnya meninggal dunia.  Zayd orang kepercayaan Laila telah berlari tanpa henti mencari Majnun. Mendengar khabar daripada Zayd, Majnun mendapat pukulan yang sangat hebat.
Majnun tersungkur dan menangis di atas pusara Laila. Banyak orang berusaha memujuknya, namun Majnun masih memeluk nisan Laila. Majnun berdoa kepada Tuhan agar disatukan Laila dengannya di Syurga.  Akhirnya, kematian menjemput Majnun di sisi pusara Laila. Kisah Laila Majnun kian tersebar di seluruh tanah Arab. Cinta Majnun dan Laila adalah cinta yang dimurnikan dengan penderitaan dunia, kelak mendapat limpahan cahaya. Inilah kuasa cinta!
Tags:

Catatan oleh

Kami memperjuangkan penerbitan untuk penulis-penulis muda, bengkel penulisan kreatif dan acara sastera di seluruh negara. Tinggalkan pesanan anda kepada kami supaya kami dapat menjejak perhatian anda!

7 komen:

  1. Tahniah Wafa Awla. Ayat paling Abang Hafiz suka, "Inilah kuasa cinta!" ;p

    Apapun, buku yang bagus. InsyaAllah, akan membeli dan membacanya juga. =)

    ReplyDelete
  2. Syeikh Rohimuddin pernah bercerita, seorang pemuda pernah termimpikan dua pasangan ini. Pemuda itu bertanyakan khabar mereka berdua. Mereka mengatakan mereka diampunkan dosa dan diredhai Allah kerana menjadi contoh Cinta Yang Sempurna - bagaimana mencintai Allah. Tenggelam dengan wujud sang kekasih hingga terlupa akan wujudnya diri...

    ReplyDelete
  3. subhanallah,,,
    betapa mulianya cinta laila dan qays "majnun",,,
    "INILAH KUASA CINTA", dan diakheratlah persandingan abadi cinta mereka berdua,,,
    >>>ga kuat membayangkan jika itu semua terjadi pada diriq

    ReplyDelete
  4. fana ... fana ... majnun tidak exist tanpa laila, begitu pula laila tidak exist tanpa majnun ... begitu perasaan mereka ... sehingga binasalah keduanya oleh derita cinta. jika ini nyata, semoga Allah Swt ampuni mereka, bukankah mereka sakit berpanjangan di dunia ini. dengan sakitnya itu ada harapan untuk meraih ampunan.

    ReplyDelete
  5. keagungan cinta dan derita dalam mengejar cinta...itulah cinta sufi kepada sang pencipta Allah s.w.t. terkesima membaca novel ini. sedih!!!! penghayatan kejiwaan dan kemurniaan kerohanian hati sang pencinta

    ReplyDelete

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang formal (atau separa formal) dengan penuh dan bertatasusila dialu-alukan di sini. Terima kasih. =)

 

Gebang Seni Kreatif LO

Apa kata mereka?

Gebang Seni Kreatif telah membuka mata saya berkenaan penulisan kreatif yang sebenar. Terima kasih LO! -Sharifah Markonah


Pada mulanya, saya tidak tahu menulis. Namun setelah mengikuti GSK anjuran Legasi Oakheart, karya saya satu per satu menembusi media! -Siti Nurhapizza

Follow us by email!

Penafian

Segala hak cipta kandungan yang terdapat dalam blog rasmi milik Legasi Oakheart ini terpelihara. Sebarang pengambilan teks dan gambar daripada blog ini adalah tidak dibenarkan dan mesti mendapat keizinan daripada team LO secara bertulis mahupun disertakan kredit.
Hak cipta terpelihara © LEGASI OAKHEART | Reka Letak oleh by Templateism.com